Khamis, 13 Ogos 2009

Kacip Fatimah A.K.A Labisa pumila



Kacip fatimah (Fatimah Childbirth Medicine-inglish name)
sejak aku memasuki unit herba ini,banyak jenis herba yang aku pelajari seperti mas cotek,tongkat ali,lempoyang,temu lawak dan kacip fatimah...dalam kebanyakan jenis herba ini, kacip fatimah lah yang susah dibiakan....ia merupakan herba yang sensetif pada perubahan persekitaran dan memerlukan teduhan di samping tanah yang berhumus tinggi.
Herba dari famili Myrsinaceae ini hidup melata di bawah teduhan pokok di kawasan hutan,sering dijadikan sebagai sumber atau bahan-bahan dalam perubatan tradisional...terutamanya untuk golongan hawa...kajian mendapati kacip fatimah tidak memberi kesan ketoksikan kepada manusia dan boleh digunakan setiap hari...
Dalam pasaran Kacip fatimah yang diekstrak mencapai harga USD660 per 1kg.

dalam hasil kajian kacip fatimah boleh merawat

-Mengembalikan tenaga pada wanita selepas bersalin(membantu pengecutan otot rahim & Faraj)
-Masalah berkaitan Sistem reproduktif wanita
-Mencantikan kulit.
-Mencegah pembentukan kanser-'pra-kanser'
-Masalah dysentery,
rheumatism and gonorrhea


Kandungan dalam kacip fatimah

polyphenols
vitamin C
beta-carotene
anthocyanins
flavonoids

rujukan:
Journal of Medicinal Plants Research Vol. 3(4), pp. 217-223, April, 2009
http://www.tradekey.com/ks-labisa-pumila/
Utm reserch
http://www.biotechcorp.com.my/news1/bionews/20090620_Kosmo.html
jabatan perhutanan perlis

Tiada ulasan: