Selasa, 28 Julai 2009

Mascotek(Ficus deltoidea)



Minggu lepas aku menghadiri kursus berkaitan herba di Pusat Pertanian,Ayer Hitam,Johor.Herba yang ditekankan dalam kursus ini adalah Mascotek,Penggaga,Hempedu Bumi dan Misai Kucing…antara yang disampaikan kepada peserta kursus adalah agronomi,cashflow’,dan produk-produk yang boleh dihasilkan daripada herba tersebut..
Di dalam kursus aku amat tertarik dengan tanaman mascotek,ini disebabkan kepelbagaian khasiat yang boleh didapati daripadanya disamping bentuk daunnya yang agak pelik,dimana ia mempunyai tanda titik hitam dibelakang daun.

Sedikit info berkaitan tanaman ini.



Famili : Moraceae (Mulberry family)
Nama Saintifik : Ficus deltoidea
Nama Lain : Mascotek(Malaysia),Mistletoe fig, Mistletoe rubber plant (Bailey and Bailey 1976).
Taburan : F. deltoidea berasal dari S.E. Asia, Borneo, dan Philippines (Brickell dan Zuk 1997)
Kandungan : Kajian dijalankan oleh Universiti Malaya & MARDI menunjukan Mascotek mengandungi flavonoids, tannins, triterpenoids, & phenols

Tumbuhan ini hidup dikawasan berbelukar dan juga hidup secara ‘epiphytic’. Saiz pokok antara 15–22 ft (5-7 m) tinggi & 3-10 ft (1-3 m) Lebar.Daun pula berbentuk seperti sudu (obovate) dan terdapat tanda titik pada belakang daun.

Digunakan secara tradisional untuk merawat gout, hypertension(tekanan darah tinggi) & diabetes(kencing manis) , ia juga sering digunakan untuk memperbaiki aliran darah dalam badan,merendahkan kolestrol juga toxin dalam darah (Ismail, 2006)

terima kasih to PTIF Putrajaya,PTIF Johor dan Jabatan Pertanian Negeri Johor kerana menganjurkan kursus yang amat menarik ini.

rujukan :
Ficus deltoidea
Mistletoe fig, Moraceae
Forest Starr, Kim Starr, and Lloyd Loope
United States Geological Survey--Biological Resources Division
Haleakala Field Station, Maui, Hawai'i
January, 2003

Understanding the Tabletting Behaviour of Ficus deltoidea Herb
Yus Aniza Yusof*, Rohaiza Abdullah, Chin Nyuk Ling and Russly Abd. Rahman
Department of Process and Food Engineering, Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia
Pertanika J. Sci. & Technol. 16 (1): 15 - 22 (2008)