Sabtu, 21 November 2009

Rabu, 11 November 2009

semalam di Borneo...

Belajar bahasa Thai.....

rugi rasenya tinggal berjiran dengan negara gajah putih tapi tidak tahu bahasa meraka, jadi aku ambil insetif sendiri untuk mendalami bahasa Thai.



love ur children....


gambar ini diambil semasa kami memasuki kampung di aerah samarahan....mereka begitu asyik dengan kehadiran kami semua di kampung mereka.......
mereka belari dan melambai kami semasa kami mahu begerak pulang....

Sabtu, 24 Oktober 2009

Lihatlah keindahan........alhamdullilah

sambil-sambil berjalan di sawah..angin bertiup perlahan.....nikmatnya.
lihatlah Allah begitu pemurah untuk memberi kecantikan pada alam ini untuk menyenangkan pemandangan kita...
sesunguhnya ia sesuatu yang nikmat bagi sesiapa yg berfikir.....terima kasih Ya Allah..



Menjelang Senja...satu perubahan yang mengasyikan.......mega2 memenuhi setiap ruangan angkasa...menghilangkan lelah para petani setelah seharian membanting tulang.....hati mereka tersenyum sambil melafazkan Alhamdullilah.



Selasa, 20 Oktober 2009

Secret of ...........

hai lama sunguh x membaca.....asyik sibuk jer kebelakangan ni...
baru-baru ini aku bershoping di tesco,singah lah sekejap di kedai buku..sedang asyik melihat koleksi buku disitu...terpandang lah pada sebuah buku dimana cover dia sunguh menarik.
macam aku kenal jer kulit buku ni...
belek punya bilik,aku rase isi dan idea-idea dalam buku amat mengujakan aku..
tanpa membuang masa aku sambar satu...



hampir 60% selesai aku membaca buku ini....aku boleh bagi 5 bintang la...menarik
dan memberi pengajaran...kalau ingin mengetahui isi buku ini,,,,visit toko buku terdekat n get it,sure no regret....

Jumaat, 16 Oktober 2009

Panduan perlancongan



E-Book Panduan perlancongan
Panduan Pelancongan.exe

by tactica design

our genaration

kita lah yang mencorakkan hidup mereka.......love ur children..peace





Selasa, 6 Oktober 2009

Thank to ALLAH..


THANX to ALLAH.......
My Daughter(Rahdatul 'Aisy) was born,September 10, 2009.

Tarbiah orang kecil

hai.penin-penin..bermacam-macam telah belaku pada dunia kita ini..tiap-tiap hari pelbagai isu dan masalah dicanang di media massa kita..dari isu keganasan ,propoganda politik,bencana,peperangan.......... dan banyak lagi,tapi isu semasa yang aku rase sepatutnya kita semua fikir secara 'total' adalah isu bencana yang semakin kerap belaku di seluruh dunia.....

Tsunami di Samoa Amerika
Ribut yg melanda Filifina
Gempa Bumi meranap ,Padang Indonesia.

beribu -ribu nyawa telah terkorban, isteri-isteri kehilangan suami,anak-anak menjadi yatim piatu....
ini semua adalah ujian dan peringatan daripada Allah S.W.t kepada kita semua(umat Islam),
adakah mungkin ini satu siri bencana kecil yang semakin menghampiri bencana yang paling besar & amat dasyat iaitu 'KIAMAT'....hanya ALLAH shj yg mengetahuinya..marilah kita sama-sama merenung dan menghayati peringatan ini...peace..

Selasa, 8 September 2009

Allah yg 1



sahdu aku mendengar lagu ni,sangat menginsafkan......tertanya pada diri aku..cukupkah bekalan untuk aku bertemu yang maha esa....tetapi manusia mudah lupa..ya,kita semua mudah lupa akan nikmat pemberian Allah di dunia fana ini....ampunkalah aku ya allah..sesunguhnya mu maha pengampun dosa....aminnnnn
Raihan ft Ramli Sarip - Kau Yang Satu.mp3


Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu

Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMU


Artist: Ramli Sarip

Rabu, 2 September 2009

Disney + Marvel = Mouseverine?????



nampaknya iron man,x-men,spiderman dan sekutunya telah dikalahkan oleh mighty mouse...waakkaaaaaaa...
tak di sangka, Disney telah membeli Marvel Comic dengan anggaran nilai sebanyak usd4bil.abis lah super-super hero ni akan tumbuh telinga besar kat kepala...cuba bayangkan...hahaha.

source:telegraph news.uk
pic:mrlevilorenzyo.files.wordpress.com

Rabu, 26 Ogos 2009

Melayu murtad paling busuk mulut.

wah sedap saja dia mengutuk agama kita.nabi muhammad'saw(semoga si murtad ni dilakhnat allah) dan 'parent dia pun di ejeknya....sedangkan mualaf pun disuruh berbaik dengan ibu bapa oleh islam.... main ikut suka mulut tanpa bukti dan fakta yang kukuh...ini menunjukan manusia lahnat ini sembrono saja.kita sebagai umat islam,agama ini melarang kita mengutuk mana-mana agama tetapi dia ni...lepas murtad mengutuk bagaikan gunung berapi yang 100 tahun tidak meletus....bila meletus semua kuar....kredibiliti sebagai pendakwah pun tak ada,muka gelap x dak cahaya....hess geram betul...cuba nengok video ni mesti panas telinga

si bodoh Maurinho...

“Muntari menghadapi masalah berpunca Ramadan, mungkin cuaca panas pada masa ini tidak baik untuk dia melakukannya (berpuasa). Bulan Ramadan yang bermula sekarang tidak baik bagi seorang pemain bola sepak,” kata Mourinho.....sakit betul mendengarnya

tarak guna punya mourinho..di yg tak pandai plan,nak salahkan puasa pulak...dah kalah terima je la.....

source:berita harian

Khamis, 20 Ogos 2009

Malaysia capai rekod....H1N1????

Malaysia direkodkan sebagai negara yang menerima jangkitan H1N1 yang ramai dalam satu hari iaitu 569 kes.
-seorang meninggal dunia pada hari ini. mangsa seorang ibu yang mengandung berusia 33 tahun
- jumlah kematian yang direkodkan sehingga kini adalah 68 orang.

semoga kita dihindari daripada penyakit H1N1 ini....amin

Sumber:The Star Online

Rabu, 19 Ogos 2009

Slim PS3

Konsol permainan video game PS3 datang dalam bentuk yang baru.....ia kelihatan lebih 'slim' berbanding model yang asal...bukan harga-nya saja yang'slim' tetapi harga juga telah dipotong sebanyak $100 daripada harga yang asal...that good....



resource:http://www.techtree.com/

Selasa, 18 Ogos 2009

Budget 2010 To See 15 Pct Cut In Operating Expenditure

PUTRAJAYA, Aug 18 (Bernama) -- The federal government's operating expenditure will be cut by 15 per cent in the 2010 Budget, but the development expenditure will be maintained.

Second Finance Minister, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, said the 2010 Budget, which would be tabled by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in October, was also expected to see a lower deficit compared with this year's, which was expected to reach 7.6 per cent.

"Talking about budget, we are now looking at the concept of value for money," he told reporters after chairing the focus group meeting on Budget 2010 here on Tuesday.

Ahmad Husni said previously, the ministries that used up all the amount allocated under the budget were considered to have performed well but it was no longer the case now.

"The government is looking at the result and outcome of the expenditure to the country first, whether operating or development expenditures.

"In other words, by doing so, we are able to cut cost, especially operating expenditure," he said.

For operating expenditure, he said, any minister who attend overseas trips could only bring two officers.

Ahmad Husni said the government expected lower revenue this year compared with last year's in view of the fall in exports by 20 per cent from January to July this year and the earnings, especially oil companies, were also lower.

"The government is looking at various areas to further increase revenue such as enhancing tax sources, but it must not affect the standard of living," he said.

Ahmad Husni said the government was also looking at the monetisation of its assets in Kuala Lumpur and hoped for more dividends from government-linked companies.

"For the long term, we are shifting from labour-intensive and low-technology to value-added economy," he said.

sumber - BERNAMA

Periuk kera makan tikus....



Penemuan menabjubkan-
sekempulan ahli botani daripada british menemui spesies periuk kera yang menjadikan tikus sebagai mangsa di pergunungan victoria,Palawan..menurut ahli botani tersebut( Stewart McPherson & Alastair Robinson) spesies ini dijumpai pada tahun 2007,meraka mengambil masa selama 3 tahun untuk menerbitkan dalam jurnal(Linnean Society ),kebiasaannya kebanyakan pokok periuk kera ini memerangkap mangsa-mangsa kecil sebagai makanan,tetapi penemuan kali ini sangat menarik,ia memilih mangsa yang besar sebagai makanan.

sumber:http://www.gmanews.tv/

informasi

Pengarah Pertanian Negeri Perlis telah kembali ke-rahmatullah-al-fatihah

Ahad, 16 Ogos 2009

Lagi mangsa H1N1.....

A(H1N1) kematian bertambah kepada 3 menjadikan jumlah keseluruhan 62 orang mangsa adalah
-budak berumur 6 tahun & 3 tahun
-Lelaki berumur 50 tahun
Ini adalah peringatan tuhan kepada kita,kepada-nya kita memohon perlindungan

untuk makluman & perkembangan layarilah http://h1n1.moh.gov.my/

Arsenal Win,Everton Lose



My Favorite team (Arsenal) win against Everton, that good - Arsenal(6) Everton(1)

other Result-
# Chelsea 2 Hull 1
# Aston Villa 0 Wigan 2
# Blackburn 0 Man City 2
# Bolton 0 Sunderland 1
# Portsmouth 0 Fulham 1
# Stoke 2 Burnley 0
# Wolves 0 West Ham 2

Kenapa aku suka anime :-)



Berbagai-bagai cara boleh dilakukan untuk meningkatkan motivasi,ada yang dengar lagu,membaca buku,berbicara dengan seseorang dan so on..so on..
cara aku adalah dengan 'watching anime'-why? kerana kebanyakan anime daripada jepun membawa pelbagai elemen dalam jalan cerita-nya. elemen negatif tak disangkal memang ada,tetapi atas pilihan kita nak memilih yang mana satu......
banyak anime yang telah aku tonton spt Slam Dunk,Kickkers,Gureen Lagan,naruto,Ang-the last air bender,Eyesheild 21,Bleach and many more lah....biasanya jalan cerita-nya mengisahkan hero yang mempunyai kelemahan tersendiri tetapi mempunyai semangat yang kuat dalam mencapai tujuan tertentu...dengan dorongan rakan2 dan semangat yang kental akhirnya si-hero berjaya menghadapi pelbagai rintangan dan mencapai tujun... Slam Dunk adalah anime yang paling aku minat.



antara elemen motivasi dlm anime ialah
-tidak mudah mengalah
-keyakinan dalam diri
-kawan-kawan yang 'suport each other'
-tidak patah semangat
-Bersabar

Anime still min my heart.....best2

sumber gambar : http://fangirlworld.blogspot.com/


Padi menguning




ini lah yang kita dapat lihat pabila datang ke kedah pada waktu ni(ogos 2009,musim 1)....padi telah menunduk & menguning menandakan ia siapsedia untuk di tuai...it's awesome..time ni lah kelihatan petani tersenyum riang...syukur kepada Allah

sumber gambar : komoditi telok chengai by roma ahmaja.

Top 20 -negara dalam bidang Sains Pertanian

Top 20 Countries in Agricultural Sciences, 1999-April 30, 2009



Sains pertanian amat penting kepada semua...berbagai teknologi pertanian dapat dihasilkan dimana ia dapat memberi pelbagai kebaikan seperti peningkatan hasil tanaman,teknologi tanaman tanpa tanah seperti hydroponic & sebagainya. Seiring dengan populasi manusia yang semakin meningkat...sains pertanian amatlah diperlukan untuk mencukupkan keperluan makanan.Malaysia seharusnya menekankan penglibatan dalam bidang ini supaya pengimportan barang makanan dapat dikurangkan seadanya...

rujukan:http://sciencewatch.com/dr/cou/2009/09augAGR/

Sabtu, 15 Ogos 2009

Bencana Sebagai peringatan

Ribut Memusnahkan 40 buah rumah & Permis Perniagaan

Lebih kurang 33 buah rumah & 8 permis perniagaan musnah di Kulim akibat ribut ganas telah melandadaerah ini..kawasan yang terlibat adalah di Kg. Padang Kulim, Taman Haruan & Jalan Kilang Lama-Serdang.
nasib baik tiada kecederaan yg teruk dan juga kematian yang belaku semasa tragedi ...alhamdullilah

sumber:NST Online

Statistik Penggunaan Internet

Mengikut statistik:-
penggunaan internet yang paling tinggi di Asia adalah China dengan kampasiti penggunaan 298.0 million.ini diikuti dengan.
Jepun-94.0m
India-81.0m
Korea Selatan-36.8m
Indonesia-25.0m
Viatnam-21.0m
Filipina-20.7m
Pakistan-17.5m
Malaysia-15.9m
Taiwan-15.1m
*m=million
Nampaknya Cina mendahului berbanding negara lain....Dengan bilangan penduduk seramai 1.3 billion, Tiada masalah China mendahului senarai tersebut...

Peratus Penggunaan internet Mengikut Benua

Asia 41.2 %
Eropah 24.6%
Amerika Utara 15.7%
Amerika Latin 10.9%
Afrika 3.4%
Timur Tengah 2.9%
Australia/Ocenia 1.3%

sumber:Internet World Stat
National Population & Fimily Planning Commision Of China.

i am asking myself??

Agaknya apalah yang orang selalu cari kat internet????????

Top 10-Mahluk Misteri yang Famous

Mongolian Death Worm
Bigfoot
Loch Ness Monster
Kala Bandar
Giant Anaconda
El Chupacabra
Vampires
Mobele-Mbembe
Abominable Snowman
Ropen

rujukan:TIME megazine

Badminton-HYDERABAD

Lin Dan mengalahkan Peter Gade 22-20, 21 - 16 dalam masa 49 minit.-Peter memberi tekanan kepada Lin Dan pada set pertama sehingga sering melakukan kesilapan...dengan kelebihan usia dan tenaga akhirnya pemain Veteren Denmark ini tertewas....aku harap Malaysia dapatlah menang di pertandingan,,,Dan tentu sahaja China menjadi halangan terbesar buat pasukan Malaysia...Malaysia Boleh.

Khamis, 13 Ogos 2009

Kacip Fatimah A.K.A Labisa pumila



Kacip fatimah (Fatimah Childbirth Medicine-inglish name)
sejak aku memasuki unit herba ini,banyak jenis herba yang aku pelajari seperti mas cotek,tongkat ali,lempoyang,temu lawak dan kacip fatimah...dalam kebanyakan jenis herba ini, kacip fatimah lah yang susah dibiakan....ia merupakan herba yang sensetif pada perubahan persekitaran dan memerlukan teduhan di samping tanah yang berhumus tinggi.
Herba dari famili Myrsinaceae ini hidup melata di bawah teduhan pokok di kawasan hutan,sering dijadikan sebagai sumber atau bahan-bahan dalam perubatan tradisional...terutamanya untuk golongan hawa...kajian mendapati kacip fatimah tidak memberi kesan ketoksikan kepada manusia dan boleh digunakan setiap hari...
Dalam pasaran Kacip fatimah yang diekstrak mencapai harga USD660 per 1kg.

dalam hasil kajian kacip fatimah boleh merawat

-Mengembalikan tenaga pada wanita selepas bersalin(membantu pengecutan otot rahim & Faraj)
-Masalah berkaitan Sistem reproduktif wanita
-Mencantikan kulit.
-Mencegah pembentukan kanser-'pra-kanser'
-Masalah dysentery,
rheumatism and gonorrhea


Kandungan dalam kacip fatimah

polyphenols
vitamin C
beta-carotene
anthocyanins
flavonoids

rujukan:
Journal of Medicinal Plants Research Vol. 3(4), pp. 217-223, April, 2009
http://www.tradekey.com/ks-labisa-pumila/
Utm reserch
http://www.biotechcorp.com.my/news1/bionews/20090620_Kosmo.html
jabatan perhutanan perlis

Pergi Tak Kembali

Al-fatiha kepada Ustaz ASRI RABBANI-semoga rohnya dicucuri rahmat.....

setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

tq from jabatan to towkey

yes,i feel refreshing today even ada demam skit.....tepat pukul 12.30am(13/8/09),aku telah menghabiskan bancian untuk kajian sosio ekonomi,yang mengambil masa selama seminggu.....daerah yang aku pergi adalah-pendang,kubang pasu,kota star.terima kasih saya ucapkan kepada tokey2 perkhidmatan tractor kerana memudahkan kerja aku ini....kami semua(jabatan)dilayan dengan ramah dan penuh senyuman........

Rabu, 12 Ogos 2009

yes-my new PC is arrived



akhirnya aku dapat mengantikan laptop Dell aku yang sudah rosak...tetapi bukan laptop yang aku beli ia adalah Personal Computer....
jenama yang aku pilih adalah -Acer Aspire M1800----

ini Spec. dia



Kad grafik-NVIDIA G-Force 7050 integrated

Rabu, 5 Ogos 2009

jangan buang bayi wahai perempuan...

kenapa manusia rela membuang bayi yang baru dilahirkan...tergamak sungguh...
seperti yang belaku di sekolah di gurun dan juga di kuantan(dibuang di sungai & dimakan biawak)...siapakah binatang barua yang menyamar sebagai manusia ini,selepas beseronok bagaikan khinzir hitam mengawan...bile mengandung anak dibuang takut mendapat malu.ko ingat ni anak kucing ker....tiada balas kasian ...
Geram gila ...aku nengok haiwan mcm ba alf ba ya pun sayangkan anak,tapi depa haiwan b'topeng manusia ni..tanpa segan silu je buang anak..kat mangkuk tandas,sungai,tempat sampah...boleh saja asalkan tidak dapat malu.

nak salah kan siapa...aku salahkan mak bapak first..why....sebab mak bapak lah yang mencorakkan kehidupan anak sejak lahir lagi...anak bak kain putih suci lagi bersih,mak bapak yg mencorakkan nya sama ada menjadi baik mahupun jahat..... bak kata hadis “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,” (Riwayat Muslim).

aku lihat di tempat aku ni,kat kampung secret....
mak bapak mengajar anak masuk neraka....bagi anak perempuan keluar dengan laki,x diajar sembahyang,anak pakai seksi pun x tak di marah...hai dunia-dunia.

Ahad, 2 Ogos 2009

xpdc mencari kacip fatimah....

macam-macam ada kat hutan dari pacatnye hinggalah kepelbagaian flora & faunanye..
i feel x-cited because it's first time ikut depa mencari herba hutan...
segar rasenya bila menghirup udara segar.....ni asyik2 sedut asap kereta,motor etc..


hutan buloh....



kacip fatima ditemui


penat oii


jumpa sungai daaa

Rabu, 29 Julai 2009

SNIPEt-Kursus HErba

sEPANJANG KURSUS DI JOHOR-kami dibawa melawat ke Melaka dan Batu Pahat.Penggaga dan Misai Kucing di Melaka,Mascotek dan Kilang Ekstrak Milik Syarikat Phytophilia(Bumiputra) di Batu Pahat.


Misai Kucing unggu


Penggaga


Berbagai Spesies Mascotek.

Selasa, 28 Julai 2009

Mascotek(Ficus deltoidea)



Minggu lepas aku menghadiri kursus berkaitan herba di Pusat Pertanian,Ayer Hitam,Johor.Herba yang ditekankan dalam kursus ini adalah Mascotek,Penggaga,Hempedu Bumi dan Misai Kucing…antara yang disampaikan kepada peserta kursus adalah agronomi,cashflow’,dan produk-produk yang boleh dihasilkan daripada herba tersebut..
Di dalam kursus aku amat tertarik dengan tanaman mascotek,ini disebabkan kepelbagaian khasiat yang boleh didapati daripadanya disamping bentuk daunnya yang agak pelik,dimana ia mempunyai tanda titik hitam dibelakang daun.

Sedikit info berkaitan tanaman ini.



Famili : Moraceae (Mulberry family)
Nama Saintifik : Ficus deltoidea
Nama Lain : Mascotek(Malaysia),Mistletoe fig, Mistletoe rubber plant (Bailey and Bailey 1976).
Taburan : F. deltoidea berasal dari S.E. Asia, Borneo, dan Philippines (Brickell dan Zuk 1997)
Kandungan : Kajian dijalankan oleh Universiti Malaya & MARDI menunjukan Mascotek mengandungi flavonoids, tannins, triterpenoids, & phenols

Tumbuhan ini hidup dikawasan berbelukar dan juga hidup secara ‘epiphytic’. Saiz pokok antara 15–22 ft (5-7 m) tinggi & 3-10 ft (1-3 m) Lebar.Daun pula berbentuk seperti sudu (obovate) dan terdapat tanda titik pada belakang daun.

Digunakan secara tradisional untuk merawat gout, hypertension(tekanan darah tinggi) & diabetes(kencing manis) , ia juga sering digunakan untuk memperbaiki aliran darah dalam badan,merendahkan kolestrol juga toxin dalam darah (Ismail, 2006)

terima kasih to PTIF Putrajaya,PTIF Johor dan Jabatan Pertanian Negeri Johor kerana menganjurkan kursus yang amat menarik ini.

rujukan :
Ficus deltoidea
Mistletoe fig, Moraceae
Forest Starr, Kim Starr, and Lloyd Loope
United States Geological Survey--Biological Resources Division
Haleakala Field Station, Maui, Hawai'i
January, 2003

Understanding the Tabletting Behaviour of Ficus deltoidea Herb
Yus Aniza Yusof*, Rohaiza Abdullah, Chin Nyuk Ling and Russly Abd. Rahman
Department of Process and Food Engineering, Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia
Pertanika J. Sci. & Technol. 16 (1): 15 - 22 (2008)

Khamis, 16 Julai 2009

I LUV PICCA



salah 1 hoby aku adalah tangkap picca..
amik secara amatur jer,blum pro lagi....
ia 1 cabang seni yang sangat digemari oleh seantero dunia....
target tahun depan nak beli camera canon DSLR.....sudah lama aku idamkan beb....



pic by roma

Selasa, 7 Julai 2009

Saya berbanga dengan petani..KG.Jawa Baling

aku respect petani kag. JAWA,Baling.....sangat peramah..dan pemurah
aku dan rakan sekerja pergi melawat projek flori di Baling..
dah sampai di sana...alang-alang kami menyingah melawat ladang dokong di KG.Jawa..
tempat ini dahulu adalah kelolaan rakan saya...
betul-betul murah rezeki kami di sini...petani menghidangkan Durian,dokong,rambutan,manggis kepada kitaorang,bukan habis disitu shj,malah dibekalkan untuk dibawa balik.....



sambil makan ,ada aksi-aksi percuma dan menarik iaitu pertunjukan....


boleh diaorang terbongkang depan kitaorang...dasar pemalas.

...tq to masyarakat KG. JAWA...

Isnin, 6 Julai 2009

Pengeluar Beras Dunia...top 10


10 negara pengeluar Beras utama Dunia....

China
India
Indonesia
Bangladesh
Vietnam
Thailand
Myanmar
Japan
Philippines
Brazil

malaysia bukan dalam senarai top 10 ni......
dengan teknologi pertanian yg tinggi,sepatutnya malaysia tersenarai?
fikir-fikirlah....

rujukan:IRRI
Photo :Stesen Komoditi Telok Chengai

Ahad, 5 Julai 2009

Micheal Jackson..

aku bukan peminat setia Micheal Jackson but ade sesetengah lagunya yg aku gemar spt
ben,ur are not alone and we are the world....nampaknya MJ akan jadi lagenda mcm elvis....aku ade list 3 lagu ini.....sesiapa berminat bleh la ambil di sini.
MJ songs
Micheal Jackson - You Are Not Alone(1).wma
01 We Are The World.wma
Hit History '72 - 09 - Ben (Michael Jackson).mp3

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

ada filem mau nengok

dah lebih seminggu,but aku belum nengok filem transfomers lagi...
masa x dak betui la.....2 kali pi wayang...asyik full...kat kedah wayang terhad...
harap lama lagi la filem ni bertapak kat wayang tu...
baca dari komen2 kat akhbar..ade skit lemah jalan cerita dia,tapi pedulikan dengan story line dia...aku hendak nengok sound effect and pemusnahan besar-besaran dalam film tu.....

next film 2 hunt-publick enemy,ice of age..

Khamis, 25 Jun 2009

sekadar pendangan



Sememangnya kematian tidak dapat kita elakan,ceruk mane kita sembunyi pun maut pasti kita temui....dalam bulan jun ini,tidak dijangka 2 orang saudara aku(makcik & Sepupu) telah kembali ke ramahtullah.....they come without warning...
kita yang masih bernyawa ni, adakah belajar berkenaan peristiwa tersebut...cukupkah bekalan kita...untuk dibawa ke sana..

aku sering berkata dalam diri aku dan memerhati persekitaran hidup .......apa tujuan hidup ini..cukup kah amalan untuk dibawa ke akhirat....but manusia mudah lupa akan janjinya dengan maha kuasa....
banyak disko dilawati oleh orang melayu(islam)
agama dikatakan sebagai kongkongan,hingga ramai melayu yang murtad.
perempuan berpakaian seperti berbogel tanpa baju....macam artis kita
ramai muda mudi kita terlibat dalam kegiatan maksiat-zina,arak,bunuh,rempit


Beza pejuang kita dengan pejuang palastin

its up to u,sama ada mahu mati sahid atau katak...mana pilihan anda..

ya ALLAH lidungi diri kami di akhir zaman ini,,,jadikanlah kami seperti orang-orang yang mendapat rahmat dari mu...amin

Rabu, 24 Jun 2009

strees

I try buat dengan kerja dgn tenang today...i dont want 'cartisol exist in my blood....
siapa tahu apa itu kartisol?
hormon ini boleh menyebabkan stress atau tekanan pada jiwa kita..
strees tanpa kawalan...boleh merosakan badan dalam jangka yang panjang....
sakit jiwa,sakit belakang,sakit kepala,buasir,ulser perut,pengembangan saluran darah,kegelisahan,kemurungan,tekanan darah tinggi,jantung adalah antara yang dihadapai bagi seseorang yang mengalami stress terlampau....
ade sesetengah orang mengambil jalan mudah untuk menghilangkan tekanan dengan 'bunuh diri'
ini adalah senarai kadar bunuh diri/100000 orang bagi 10 buah negara antara tahun 1988-2006.saya ambil 10 drpd 101 negara.

rujukan :world health organazation (rate 101 country)

men & Women suicide rate
0.5- 4.9 = muslim country
0.0 - 63.3= non muslim country

dari sini kita lihat negara bukan muslim menunjukan angka yang tinggi dalam 100000 kes iaitu 63.3.dari 101 negara kebanyakan adalah negara non-muslim. ini menunjukan stress yg dasyat melanda negara 'non-muslim'.

kesimpulan...dalam 6 rukun iman,qada dan qadar adalah salah satu yang wajib di imani,segala yang belaku di dunia ini adalah ketentuan ilahi....sebab itu negara islam kurang dilanda strees kerana reda apa yang belaku.tetapi bagi negara yang mementingkan keduniaan semata-mata tanpa kepercayaan akhirat,ateis,meterialistik...strees amat mudah dihingapi,mereka amat risau jika keinginan berkaitan keduniaan tidak dapat dicapai....ini yg menyebabkan strees...

dalam mengejar matlamat di dunia ini....it's so easy 4 people experiencing with stress...
sebagai umat islam....mari kita bertakwa,sesunguhnya dunia ini hanya sementara,akhirat jua lah tempat selamanya.

refer- wikipedia,
world health organazation,
7 formula individu cemerlang-dr danial zainal abidin

Selasa, 23 Jun 2009

opis hour.....

minggu ni aku lepak kat opis....tidak keluar pi outstation...
bukan malas nak kuar but kena jadi backup untuk perakuan kewangan..
all officer ade keja luar daerah..
even kat opis agak busan skit,but it's chance 4 me learn how to manage administration section......xpcely about money2 flow.....it's nice maaaa...
sambil2 tu check anyting benefit kat internet.....

kata pengerak minda-kalu kerja kerna dunia..sampai bile terasa x hilang strees kalu wat keja..
kalu kerja kerana Allah,insyaallah tenang jiwa sepanjang masa....

Isnin, 22 Jun 2009

Foto pro

Sapa mau jadi jurufoto pro.....jom blajaq dari depa ni..







Khamis, 4 Jun 2009

khasiat kelapa





dari jadual tersebut,kita dapati kelapa mengandungi sumber-sumber nutrient yang tinggi..that y,buah ini digunakan sebagai penawar pelbagai penyakit,kalau kita tinggal dikampung-kampung,kita lihat penduduk kg sering kali menjadikan kelapa penawar kepada penyakit spt penawar racun, cirit-birit dan melawaskan buang air kecil dan besar.

rujukan:Introduction to fruit crops
By Mark Rieger
Published by Haworth Press, 2006

wikipedia